KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) melunaskan sebanyak RM95.3 juta zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) pada 2025 dengan Selangor menerima agihan zakat tertinggi sebanyak RM27 juta. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, ia sejajar dengan jumlah simpanan pendeposit dari negeri tersebut. “Jumlah keseluruhan zakat yang telah dilunaskan sejak penubuhan TH mencecah RM1.57 bilion. “Melalui Program Zakat Wakalah TH, bantuan kepada lebih 726,000 asnaf telah…










