KAJANG: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina digalakkan menyambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, galakan itu disokong oleh peningkatan prestasi mata pelajaran Bahasa Cina dalam SPM 2025. Katanya, daripada 46,046 calon yang menduduki mata pelajaran itu, seramai 40,888 orang memperoleh kredit (A hingga C), dengan kadar…










