KUALA LUMPUR: Polis akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa luar berhubung siasatan lanjut penyiaran artikel diterbitkan Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan beberapa kakitangan di pejabat media antarabangsa tersebut di ibu negara. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya dimaklumkan individu berkaitan dipercayai berpangkalan di luar negara. “Jadi tindakan…










