UMNO masih mampu meraih sokongan orang Melayu

UMNO masih mampu meraih sokongan orang Melayu

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin parti tersebut masih  mempunyai kekuatan dalam meraih sokongan orang Melayu. 

Beliau berkata, ini kerana parti politik Melayu ketika ini yang jelas berpecah belah menyebabkan kuasa dan kedudukan politik Melayu di  negara ini semakin kurang sama ada secara persepsi atau realiti.

“Itulah yang dirasai oleh sebahagian daripada orang Melayu bahawa terlalu banyak parti politik Melayu yang boleh memecahkan kekuatan bangsa itu sendiri.

“Namun saya masih yakin dengan kekuatan UMNO, tapi perlu akui ada kesilapan dan kelemahan terutama apa yang berlaku menjelang Pilihan Raya Umum 2018,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap.

Khairy yang sebelum ini dipecat daripada parti itu, secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO. 

Surat itu diserahkan sendiri oleh Khairy kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu Khairy berkata, semua pihak yang berkaitan perlu belajar dan memperbaiki semua kesilapan yang berlaku.

“Tetapi kalau saya nak istilahkan UMNO ini sebagai sebuah rumah, tiang seri, asas dan kerangka rumah, ia sudah mempunyai ‘tulang’ yang baik.

“Rumah yang ada ‘tulang’ yang baik ini, kalau dapat dihias dengan baik, dicantikkan dan diperbetulkan dengan baik oleh semua pihak, saya percaya semua sedang berusaha untuk melakukan apa yang saya sebut.

“Ia akan dilihat dalam konteks yang berbeza berbanding ketika PRU 2018,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×