Dialog antara komuniti mesti diperluas, tangani isu sensitif

Dialog antara komuniti mesti diperluas, tangani isu sensitif

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dialog antara komuniti perlu diperluaskan dengan penglibatan lebih ramai pemimpin agama, ilmuwan dan masyarakat sivil dalam menangani isu sensitif yang berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, usaha dialog mesti disandarkan kepada prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan penghormatan terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Selain menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing masing secara aman

Katanya, isu pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran perlu ditangani secara berhemah melalui saluran undang undang dan dialog yang konstruktif.

“Penyelesaian isu ini bukan melalui pendekatan konfrontasi yang boleh mencetuskan ketegangan. Selain itu semua pihak menahan diri daripada menyebarkan kenyataan provokatif di media sosial.

“Mekanisme penyelesaian jangka panjang dibangunkan berasaskan persefahaman dan kepercayaan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India menganjurkan mesyuarat pertama bagi mencari titik perdamaian dalam menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu antara kedua-dua kaum.

Dalam pada itu Mohd. Azmi berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perdana Menteri serta pelaksanaan audit tanah berkaitan rumah ibadat perlu dilihat sebagai langkah pentadbiran yang telus dan berasaskan fakta.

Namun katanya, pelaksanaannya hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah, sensitiviti agama dan mengambil kira keseimbangan kepentingan semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×