Saya tak pernah jumpa Anwar - Utusan Malaysia

Saya tak pernah jumpa Anwar

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada perte­muan mahupun rundingan per­­nah berlangsung antara Ke­tua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamzah berkata, tiada keperluan untuknya berjumpa dengan Anwar melainkan atas kapasiti sebagai Ketua Pembangkang, namun hanya di Parlimen.

“Pasal apa saya hendak kena jumpa Anwar? Buat masa ini dan sehingga hari ini sejak Anwar jadi Perdana Menteri, saya tidak pernah jumpa Anwar. Tetapi kalau saya sebagai Ketua Pembangkang itu memang ada sebab saya tulis nota sebagai Ketua Pembangkang.

“Tetapi sehingga hari ini, saya memang tidak pernah jumpa Anwar sama ada di rumah atau di pejabat,” katanya semalam.

Hamzah berkata demikian bagi menjawab khabar angin yang bertiup dalam kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa beliau dan Anwar berjumpa bagi tujuan tertentu.

Hamzah turut mengulas dakwaan bahawa Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikatakan berjumpa dengan Anwar beberapa kali.

Hamzah berkata, Mohamed Azmin sepatutnya menafikan perkara itu secara terbuka, sekiranya pertemuan tidak berlaku.

“Saya nampak apa yang dikatakan itu melalui media sosial. Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli pun sudah cakap banyak kali, selalu jumpa Perdana Menteri.

“Ada juga seorang ahli Parlimen Bersatu juga datang kepada saya dan memaklumkan anaknya melihat dia (Mohamed Azmin) berjumpa dengan Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin baru sahaja keluar dari pejabatnya. Itu kenyataan daripada ahli Parlimen Bersatu sendiri.

“Banyak yang disampaikan. Jadi saya fikir jawablah. Kalau tidak, tidaklah. Kalau ya sekalipun, satu hari akan terbukti kerana buat masa ini, sampai terbukti, semuanya akan muncul,” katanya.

Terdahulu, Hamzah memper­soalkan sekiranya dirinya dipecat kerana berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, namun bagaimana pula dengan mereka yang secara terbuka mahu bersama Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN