TAWAU: Serangan sawan berulang setiap beberapa minit dan sakit kepala menjadi penderitaan harian seorang wanita sebelum mengambil keputusan menjalani pembedahan otak dalam keadaan sedar. Noraini Pitrus, 48, berkongsi pengalamannya itu sebagai pesakit pertama di Pantai Timur Sabah yang menjalani prosedur pembedahan berkenaan. Sebelum menjalani pembedahan, Noraini kerap mengalami serangan sawan sehingga menjejaskan kehidupan hariannya. Beliau juga terpaksa menempuh perjalanan sejauh 109 kilometer (KM) untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau setiap…










