Rafizi perlu keluar PKR jika terus serang parti-MPP PKR

Rafizi perlu keluar PKR jika terus serang parti-MPP PKR

MAHMUD EPAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagi pemimpin PKR terus menyatakan ketidakpuasan hati terhadap bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilihat sebagai liabiliti terbesar reformasi dalam parti tersebut.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Mahmud Epah, berkata, Rafizi menghentikan perbuatan sabotaj terhadap parti, malah perlu keluar daripada PKR jika tidak berpuas hati dengan parti tersebut.

Katanya, maruah parti tidak boleh terus digadaikan dengan polemik yang dicetuskan oleh individu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya punca masalah, fitnah dan mengkhianati parti.

“Tindakan memburukkan imej parti dan pimpinan secara terbuka adalah satu bentuk pengkhianatan kepada mandat rakyat dan kepercayaan akar umbi. Segala ruang demokrasi dalam parti telah tersedia, namun tindakan memilih jalan konfrontasi terbuka hanya memberi peluru kepada musuh.

 Sekiranya Rafizi merasakan prinsip beliau tidak lagi sehaluan dengan hala tuju Parti atau beliau lebih selesa menjadi ‘penyerang’ dari dalam, adalah lebih bermaruah untuk beliau segera keluar daripada PKR. Kita tidak perlukan pimpinan yang menjadi liabiliti dan beban kepada kelangsungan parti. Adakah niat beliau untuk memecahbelahkan parti?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, polemik dalaman yang tidak berkesudahan ini hanya akan menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PKR sebagai tulang belakang Kerajaan Madani.

“Tiada individu yang lebih besar daripada parti. Fokus kita adalah untuk membina negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, dan sesiapa yang menjadi penghalang kepada usaha ini akan kami tentang habis-habisan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN