PRN Sarawak, Melaka dan Johor boleh diadakan serentak - Ahmad Maslan

PRN Sarawak, Melaka dan Johor boleh diadakan serentak – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Melaka dan Johor perlu diselaras dan dilaksanakan serentak bagi memastikan negara tidak dibelenggu dengan suasana ketidaktentuan politik yang berpanjangan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan PRN secara serentak di tiga negeri berkenaan juga membolehkan kerajaan memberi lebih tumpuan kepada isu-isu penting dalam negara.

Katanya, selain mengurangkan berpolitik, langkah itu juga dapat menjimatkan kos berbanding PRN diadakan secara berasingan.

“Banyak isu penting selain politik yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan termasuk ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dan pelaburan.

“Jika boleh biarlah politik (PRN) hanya sekali, bukan tiga kali dalam tempoh yang berbeza agar kerajaan dapat beri lebih fokus kepada agenda kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang mangsa ribut di Kampung Parit Marjunid, Benut, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian bagaimanapun memberitahu, Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diawalkan sekiranya kerajaan mahu ia dilaksanakan serentak dengan mana-mana PRN tidak lama lagi.

Katanya, hal itu kerana perbezaan tarikh yang agak jauh antara PRN Sarawak, Melaka dan Johor dan PRU lalu.

“Berdasarkan perkiraan, PRU perlu diadakan selewat-lewatnya awal 2028. PRN Sarawak dan Melaka perlu diadakan tahun ini manakala Johor pula perlu adakan PRN sebelum pertengahan tahun 2027.

“Jadi, kalau mahu selaraskan ketiga-tiga PRN ini dengan PRU akan datang, maka PRU perlu diawalkan. Jika tidak PRN di tiga negeri ini boleh dilaksanakan serentak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN