Polis kesan dua kanak-kanak lelaki hilang dari rumah

Polis kesan dua kanak-kanak lelaki hilang dari rumah

POLIS Johor dilaporkan sedang mengesan dua beradik iaitu Syamir Zikri Abdullah dan Aiman Haikal Kuzainai yang dilaporkan hilang dari kediaman keluarga di Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru sejak Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan dua beradik berusia 11 dan 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas ibu mereka melaporkan dua anaknya itu hilang dari kediaman mereka di Kampung Pasir, Tampoi, di sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Syamir Zikri Abdullah dan Aiman Haikal Kuzainai.

“Syamir Zikri mempunyai ketinggian 91 sentimeter (cm) dan berat 30 kilogram (kg), kurus, berambut lurus dan pendek hitam. Pakaian terakhir dilihat berbaju hijau pekat berbelang hitam dan seluar tracksuit hitam.

“Manakala Aiman Haikal pula mempunyai ketinggian 90 cm dengan berat kg, badan berisi, berkulit cerah, berambut lurus pendek hitam serta kali terakhir dilihat berbaju hijau seluar pendek putih oren,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-duanya kanak-kanak itu berbangsa Melayu dan beralamat di nombor 1826, Jalan Mata Kucing 1, Kampung Pasir, Tampoi, di sini dengan kali terakhir mereka dilihat adalah pada pukul 12 tengah hari Jumaat lalu di rumah terbabit.

“Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat atau mengenal pasti lokasi kanak-kanak tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mun Nyanggau di talian 019-2574051 atau 07-5561222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN