PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa video memaparkan seorang lelaki memijak al-Quran yang tular di media sosial adalah rakaman lama membabitkan seorang warga Singapura. Menurut MCMC, pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap penularan semula video yang berlaku di Singapura pada tahun 2024. “MCMC telah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dipercayai dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat. “Berdasarkan siasatan…










