Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar disenarai pendek sebagai finalis bagi PublisHer Excellence Awards 2026, sebuah anugerah antarabangsa yang mengiktiraf kepimpinan wanita dalam industri penerbitan global. Beliau disenarai pendek dalam kategori ‘Inovasi’, bersama-sama Pengasas dan Pengarah PlenaVoz dari Brazil, Monique Leite serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama PublishDrive dari Amerika Syarikat, Kinga Jentetics. Pencalonan tersebut menjadikan Adibah tokoh pertama daripada industri perbukuan Asia Tenggara yang disenarai…











