JPKK Felda Kg. Awah santuni anak yatim

JPKK Felda Kg. Awah santuni anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWATANKUASA Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Kampung Awah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Awah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Awah di Masjid Felda Kampung Awah baru-baru ini.

Seramai 30 murid berusia antara tujuh hingga 17 tahun menerima sumbangan duit raya daripada JPKK serta Majlis Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Maran yang disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Program tersebut menjadi platform untuk mendekatkan pemimpin dan masyarakat selain menzahirkan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Menurut Shahaniza, walaupun majlis itu diadakan secara sederhana, suasana penuh mesra dan kasih sayang jelas dirasai apabila masyarakat setempat bersama anak-anak yatim duduk semeja menikmati juadah berbuka puasa.

“Alhamdulillah, kita dapat berkumpul dalam suasana harmoni dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai tanda ingatan serta sokongan kepada mereka,” katanya.

Ramadan mengingatkan umat Islam keberkatan hidup bukan terletak pada kemewahan semata-mata, sebaliknya nilai kebersamaan serta kepedulian terhadap insan memerlukan.

Beliau turut berharap program itu dapat menyemai rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat selain mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN