JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 13 pertuduhan jenayah seksual terhadap anak perempuan yang tidak sah taraf berusia tujuh tahun. Tertuduh berusia 43 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee. Mengikut pertuduhan, tertuduh berdepan empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya bersama kekasih berusia 46 tahun. Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14…










