KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat Amanah yang lebih menyeluruh bersama dasar dan polisi baharu dijangka dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat tahun ini bagi menggantikan Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100) yang bakal dimansuhkan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, RUU itu merangkumi empat kluster utama termasuk parameter aktiviti, rejim pendaftaran mandatori, rangka kerja pelaporan pemunyaan benefisial serta aspek pentadbiran dan tadbir…










