PETALING JAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta India dan Hindu di negara ini mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bersama oleh kerajaan bagi membincangkan dan mencari penyelesaian terhadap isu sensitif melibatkan rumah ibadat secara lebih harmoni dan terkawal. Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, cadangan itu dicapai hasil perbincangan damai antara NGO terbabit bertujuan mengelakkan ketegangan berpanjangan yang boleh menggugat keamanan negara. Katanya, pendekatan tersebut…










