Muhyiddin tiba untuk perbicaraan kes Jana Wibawa - Utusan Malaysia

Muhyiddin tiba untuk perbicaraan kes Jana Wibawa

Muhyiddin Yassin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes beliau membabitkan tujuh pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta.

Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin merupakan Perdana Menteri kedua yang didakwa dan dibicarakan di mahkamah.

Muhyiddin hadir dengan ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi empat pertuduhan membabitkan salah guna ke­dudukan, Muhyiddin, 76, di­dakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menyalahgunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti tersebut.

Suapan tersebut adalah da­ripada tiga buah syarikat serta seorang individu bernama Datuk Azman Yusoff.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya,

Sementara itu, bagi pertuduhan membabitkan peng­ubahan wang haram, Muh­yiddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank dan AmBank milik Bersatu.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memberitahu, mereka akan memanggil kira-kira 30 orang saksi termasuk bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini