Mayat lelaki ditemukan mati dengan kesan tikaman dibahagian dada

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan tikaman di dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan mati dalam dengan kesan tikaman di dada kiri di tepi Jalan Lama Lojing, Pos Brooke, awal pagi semalam.

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui kira-kira pukul 4.35 pagi selepas pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima panggilan daripada anggota bertugas di Pondok Polis Lojing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Azlan Che Abdullah berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat penemuan mayat itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa terbaring di bahu jalan dengan kesan tusukan objek tajam pada bahagian dada kiri.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan dipercayai seorang warga asing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azlan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Katanya, polis kini giat mengesan individu yang bertanggungjawab selain meneliti semua sudut termasuk kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN