BANDAR BAHARU: Projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama bernilai RM51.99 juta yang siap pada 8 Januari lalu berupaya menyelesaikan masalah bekalan air melibatkan kira-kira 12,000 akaun pengguna di daerah ini. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, LRA berkenaan kini mempunyai kapasiti 34 juta liter sehari (MLD), manakala LRA Lubuk Buntar Baru yang sedia ada beroperasi berkapasiti 25 MLD. “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti…










