Bukan Pulau Pinang sahaja berdepan isu air - PM

Bukan Pulau Pinang sahaja berdepan isu air – PM

ANWAR Ibrahim (empat dari kiri) menyampaikan Anugerah Usahawan Berjaya pada Karnival Tekun Madani di SP Arena di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan sentiasa komited dalam menyelesaikan masalah air yang didepani beberapa negeri ketika ini.

Kata Perdana Menteri, usaha itu dilaksanakan secara berterusan malah kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani.

Katanya, masalah bekalan air bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, sebaliknya, ia turut melibatkan beberapa negeri lain antaranya Kedah, Kelantan dan Sabah.

“Di Nibong Tebal (Sungai Bakap) ada masalah air, di Kedah (juga) ada masalah air dan di Kelantan lagi masalah air (termasuk) di Sabah pun masalah air.

“Namun, kita cuba selesaikan dan menerusi pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Mohd. Nassuruddin Daud), beliau maklumkan bahawa pam (sekarang) tidak cukup tinggi (untuk sedut air) maka, saya arahkan beli segera pam (baharu). Ini bukan soal politik, tetapi, ini soal rakyat.

“Yang ini (tolong rakyat) kita buat. Saya boleh tanya yang dulu (pemerintahan terdahulu ada buat atau tak) tapi saya tak buat (begitu) walaupun saya boleh tanya..Tapi tak apa masa (pemerintahan) kita, kita buat,” katanya ketika berucap pada Karnival Tekun Madani di SP Arena di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan masalah air dalam daerah Seberang Perai Selatan khususnya Sungai Bakap dijadikan modal bagi pihak lawan meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN