KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memantau keselamatan dan keberadaan pelajar Malaysia di negara-negara Teluk susulan perkembangan geopolitik semasa di rantau berkenaan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat. Kata beliau, setakat ini kementerian belum menerima maklumat terperinci berhubung kedudukan pelajar Malaysia khususnya di kawasan yang dilaporkan…










