Kerajaan adakan perbincangan dengan semua ketua negeri, pemimpin parti

Kerajaan adakan perbincangan dengan semua ketua negeri, pemimpin parti

ANWAR Ibrahim ketika menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua negeri termasuk pemimpin-pemimpon semua parti politik bagi membincangkan kesan ekonomi yang melanda negara berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tempias dan kesan ekonomi yang diterima Malaysia akibat konflik itu adalah sesuatu yang nyata.

Kata beliau, kerajaan sudah mengambil beberapa langkah awal dan akan terus mengadakan mesyuarat melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Minggu depan insya-Allah, saya akan panggil semua Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri untuk maklumkan supaya penyertaan semua negeri, tidak kira sama ada kerajaan atau pun pembangkang.

“Dan saya sedang rencana untuk memanggil juga pemimpin-pemimpin semua parti supaya boleh berunding dan mendengar sendiri taklimat daripada MKN serta MTEN dan langkah-langkah yang perlu kita ambil bersama, supaya kita dapat tangani,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN