Amalan kecekapan operasi berstandard tinggi dan penyampaian perkhidmatan yang konsisten menjadi pemacu utama kejayaan syarikat Kawalan Sri Setia. Pengarah Urusannya, Joshua Matthew Adrian berkata, pihaknya komited untuk terus memperkasakan kedua-dua aspek itu dalam mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan keselamatan yang dipercayai. “Kami akan memberi tumpuan kepada kecemerlangan operasi, penyelesaian keselamatan yang disesuaikan dan penyampaian perkhidmatan konsisten. “Syarikat juga berjaya membina hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan para pelanggan,” katanya…










