PETALING JAYA: Konflik yang berterusan di Asia Barat dijangka menjadi pemangkin kepada lonjakan jualan kenderaan elektrik (EV) dalam negara dengan unjuran pasaran meningkat sekali ganda mencapai lapan peratus, tahun ini. Peralihan drastik itu didorong kebimbangan pengguna terhadap kenaikan harga petrol dan kebimbangan negara mungkin tidak lagi mampu menanggung beban kos subsidi bahan api pada masa hadapan. Pakar Automotif, Hezeri Samsuri berkata, kemunculan pelbagai model EV daripada pelbagai jenama dengan harga…











