JAWATANKUASA Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Kampung Awah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Awah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Awah di Masjid Felda Kampung Awah baru-baru ini. Seramai 30 murid berusia antara tujuh hingga 17 tahun menerima sumbangan duit raya daripada JPKK serta Majlis Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Maran yang disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. Program tersebut menjadi…











