PETALING JAYA: Majikan sektor swasta perlu mengambil langkah praktikal dan segera mengurangkan penggunaan bahan api tanpa menjejaskan produktiviti perusahaan termasuk dengan melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi jawatan tidak kritikal. Antara langkah praktikal lain boleh dilaksanakan bagi menjimatkan penggunaan bahan api adalah dengan menggalakkan amalan berkongsi kenderaan atau carpool dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, perkembangan…











