SUNGAI PETANI: Polis membongkar tindakan sindiket pengedahan dadah yang menggunakan inap desa sebagai stor selepas merampas 62 kilogram syabu bernilai RM3.1 juta di Kota Kuala Muda, kelmarin. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kegiatan terbongkar melalui penahanan seorang lelaki Indonesia berusia 47 tahun di tepi jalan Kampung Permatang Ringan, kira-kira pukul 6.30 petang, Selasa lalu. Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki terbabit menemukan 150 gram syabu dalam…










