1.8 juta umat Islam hilang hak mengundi di India

1.8 juta umat Islam hilang hak mengundi di India

PENUNJUK perasaan memegang plakad menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya India, Gyanesh Kumar, berhubung Semakan Intensif Khas (SIR) di New Delhi pada 12 Oktober lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pemotongan jutaan nama daripada draf senarai pengundi di India mencetuskan kebimbangan terhadap hak mengundi umat Islam dan golongan minoriti lain, dengan pengkritik mendakwa pengundi yang layak turut terjejas dalam proses Semakan Intensif Khas (SIR).

Angka Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah menunjukkan kira-kira 130 juta nama digugurkan daripada draf senarai berkenaan, dengan umat Islam dan golongan Dalit antara kumpulan yang didakwa paling terjejas.

Di Bengal Barat, siasatan The Wire mendapati kira-kira 1.8 juta daripada 2.75 juta nama dalam senarai pemotongan yang diterbitkan adalah milik umat Islam, merangkumi sekitar 70 peratus daripada keseluruhan yang disenaraikan sebagai tidak layak mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Umat Islam hanya membentuk kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan pengundi di negeri itu, manakala di beberapa daerah, nama pengundi Islam merangkumi lebih 90 peratus jumlah pemotongan yang diterbitkan.

Profesor Madya Pusat Pengajian Politik di Universiti Jawaharlal Nehru, Ajay Gudavarthy, berkata data berkenaan menunjukkan umat Islam membentuk sebahagian besar daripada mereka yang digugurkan daripada senarai pengundi.

Beliau mendakwa pemotongan itu sebahagian daripada strategi politik lebih luas yang menyasarkan umat Islam dan golongan Dalit, sambil mengukuhkan sokongan dalam kalangan Kelas Mundur Lain (OBC) dan kasta atasan. 

Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) menyatakan proses SIR bertujuan membersihkan senarai pengundi dengan menggugurkan nama individu yang meninggal dunia, nama berganda dan mereka yang tidak layak mengundi. 

Langkah itu mendorong penunjuk perasaan mendesak kerajaan menghentikan pelaksanaan SIR, selain menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya, Gyanesh Kumar.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini