Guna ruang tayar gantian seludup minyak masak

Guna ruang tayar gantian seludup minyak masak

ANGGOTA penguat kuasa (kiri) menunjukkan minyak masak peket yang cuba diseludup oleh warganegara Thailand ke negara jiran semasa melalui pemeriksaan di ICQS Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik licik seorang wanita warganegara Thailand menyorok minyak masak bersubsidi di ruang tayar gantian untuk diseludup ke negara jiran gagal selepas ditahan anggota penguat kuasa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, semalam.

Wanita itu yang memandu kereta jenis Mazda ditahan pada pukul 2.15 petang oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semasa melalui pemeriksaan di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Aswadi Jaafar berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta tersebut membawa kepada penemuan 51 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM15,127.50 yang disembunyikan di bawah pelapik ruang tayar di bahagian bonet.

Katanya, helah tersebut digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa yang melakukan operasi di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan semua barangan dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta peraturan berkaitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aswadi berkata, KPDN Kelantan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang terlibat dalam penyeludupan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN