KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen pilihan raya untuk mencabar kemenangan Datuk Fairuz Renddan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, November tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Farisz Gohim Abdullah membuat keputusan itu selepas menerima bantahan awal yang dikemukakan Fairuz yang bertanding atas tiket Bebas. Pada 22 Disember 2025, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Pandikar Amin Mulia…










