Dilabel ‘badut’, Kamal Adli anggap pempengaruh kecerdasan lapar perhatian - Utusan Malaysia

Dilabel ‘badut’, Kamal Adli anggap pempengaruh kecerdasan lapar perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Kamal Adli menyelar tindakan biadab seorang pempengaruh kecerdasan yang tergamak melabel dirinya serba beberapa duta jenama pakaian sebagai ‘badut’.

Enggan terlalu melayan provokasi, Kamal atau  Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, menyifatkan individu berkenaan hanya sekadar dahagakan perhatian demi kepentingan perniagaan peribadi.

“Jangan suatu hari nanti, sebab mulut  kau, anak bini kena hina dengan masyarakat. Kau ingat orang takut dengan kau?

“Orang Melayu ini diam sebab adab, jangan lama-lama sangat jolok sarang,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, hari ini.

Bukan itu sahaja, pemenang takhta Hero Remaja 2007/2008 itu mendedahkan bahawa dia sudah masak dengan ‘modus operandi’ segelintir pempengaruh yang sengaja mencipta kontroversi demi melariskan produk digital mereka.

“Tak ada sesiapa emosi dengan kau, kasihan orang lapar perhatian sebab nak jual e-book. Kau ingat orang bodoh dengan modus operandi kau?

“Semua orang nak gembira di hari raya tapi kau pula pilih jadi perosak. Bodoh memang percuma tapi jangan pakai semua,” selarnya lagi.

Ini bukan kali pertama Kamal bertegang urat dengan pempengaruh tersebut, sebelum ini Kamal juga pernah menyelar pempengaruh itu yang mempersoalkan rezeki Kamal kerana berlakon dengan perempuan bukan mahram.

Kamal bagaimanapun meminta pempengaruh tersebut untuk berhenti mencari salah manusia lain dan fokus kepada ibadah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN