Tiga kawasan di Kedah catat gelombang haba tahap dua

Tiga kawasan di Kedah catat gelombang haba tahap dua

14 kawasan di Semenanjung berada pada tahap berjaga-jaga selepas merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendang, Padang Terap dan Baling di Kedah mencatatkan tahap dua gelombang haba dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, keadaan itu berlaku apabila suhu tinggi direkodkan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut tanpa sebarang penurunan ketara.

“Sementara itu, sebanyak 15 kawasan lain di Semenanjung direkodkan berada pada tahap satu atau berjaga-jaga susulan peningkatan suhu harian yang berterusan ketika ini.

“Antara kawasan terlibat adalah seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah termasuk Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Pulau Pinang terdapat dua kawasan iaitu Timur Laut dan Utara turut berada dalam kategori berjaga-jaga manakala di Perak melibatkan kawasan di Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali apabila merekodkan suhu sama bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Kesemua rekod bacaan suhu maksimum tersebut telah dikemaskini sehingga pukul 4 petang hari ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN