TMM 2026: Peningkatan jumlah pelancong meningkat 30 peratus

TMM 2026: Peningkatan jumlah pelancong meningkat 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah ketibaan pelawat ke negara ini mencatatkan peningkatan lebih daripada 30 peratus setakat Februari tahun ini berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Timbalan Setiausaha Agung (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Chua Choon Hwa berkata, ini sekali gus meletakkan sasaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 di landasan tepat biarpun konflik masih berlaku di Asia Barat.

Katanya, peningkatan itu didorong trafik yang tinggi ketika Tahun Baru Cina menunjukkan pemulihan sektor pelancongan negara semakin mantap.

“Sehingga Februari, semasa tempoh Tahun Baru Cina, kita mencatat ketibaan masuk yang tinggi melebihi peratusan sebelumnya sekurang-kurangnya 30 peratus ,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, unjuran lebih terperinci sama ada kedatangan pelancong luar ke Malaysia sudah berada di tahap baik atau sebaliknya susulan konflik berkenaan hanya akan diketahui setelah angka rasmi tersedia.

“Ketidaktentuan global bukan sahaja cabaran. Ia juga membuka peluang bagi Malaysia menarik pelancong yang mungkin menangguhkan perjalanan jarak jauh ke destinasi yang tidak stabil atau jauh,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN