SEPANG: Seramai 61,385 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Selangor layak dianugerahkan sijil berbanding tahun 2024 sebanyak 59, 403 calon sahaja. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai 1,982 orang bersamaan 0.62 peratus berbanding tahun terdahulu. Menurutnya, Gred Purata Negeri (GPN) juga mencatatkan peningkatan kepada 4.52 berbanding 4.59 pada tahun 2024. “Bilangan calon yang memperoleh keputusan…










