Tiga individu ditahan bantu siasatan hina, fitnah agama, institusi diraja

Tiga individu ditahan bantu siasatan hina, fitnah agama, institusi diraja

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dan dua wanita ditahan polis bagi membantu siasatan bersabit hantaran media sosial yang dipercayai mengandungi unsur hasutan, fitnah dan menghina Islam, perdana menteri serta institusi diraja.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arshad berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 49 tahun itu ditahan di Taman Saujana, di sini hari ini.

Katanya penahanan ketiga-tiga suspek warga tempatan itu susulan laporan polis diterima daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 5 petang, kelmarin.

“Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian urin negatif penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Antara kandungan hantaran media sosial dibuat pihak berkenaan mendakwa Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri menerima pendapat mereka untuk membuat teks ucapan.

“Suspek turut membuat kandungan menyentuh sensitiviti agama termasuk menyatakan bahawa solat fardhu hanya dua rakaat, manakala solat sunat satu rakaat selain mendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terlibat salah laku dan rasuah,” katanya.

Polis memberi amaran orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan melibatkan isu 3R iaitu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat di talian 019-2792095 atau 07-2212999 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN