15 pemimpin Armada Bersatu Sabah letak jawatan, umum keluar parti - Utusan Malaysia

15 pemimpin Armada Bersatu Sabah letak jawatan, umum keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Armada Bersatu Sabah turut bergolak, apabila 15 pemimpin tertingginya mengumumkan peletakan semua jawatan dan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata, keputusan itu turut membabitkan pembubaran jawatankuasa Armada Sabah.

“Tindakan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan dalaman parti yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

“Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti yang semakin berlarutan dengan serangan terbuka pimpinan serta pertikaian berlaku secara terbuka sehingga mencalarkan imej parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan, tindakan pecat-memecat serta tindakan disiplin yang didakwa tidak konsisten turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Armada di Sabah.

“Kami berpendirian bahawa anak muda menolak politik perpecahan, serangan terbuka dan budaya pecat-memecat yang semakin menjadi norma dalam parti,” katanya.

Hisyam merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli Armada Sabah yang memberi sokongan sepanjang tempoh memegang amanah dalam parti itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN