GOMBAK: Yayasan Kubra menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai menyertai program gotong-royong membersihkan runtuhan binaan haram di tapak tanah miliknya di Rawang Perdana pada pukul 5 petang, hari ini. Pelawaan itu dibuat susulan tindakan pembersihan binaan haram yang akan dilaksanakan selepas tamat tempoh masa diberikan kepada pihak penceroboh malam tadi. Dalam satu kenyataan, pemegang amanah Yayasan Kubra berkata, pihaknya telah memenuhi janji kepada pihak berkuasa untuk mengosongkan binaan…










