Waspada video TikTok guna suara Agong tawar bantuan Ramadan

Waspada video TikTok guna suara Agong tawar bantuan Ramadan

TANGKAP layar akaun palsu TikTok dikesan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memaparkan suara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa akaun palsu TikTok dikesan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memaparkan suara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) berkata, video berkenaan disebarkan dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan kandungan daripada akaun tidak sahih yang dipercayai digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan di media sosial,” kata RPO dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, taktik penyamaran menggunakan identiti tokoh kenamaan termasuk institusi diraja merupakan antara modus operandi yang semakin kerap digunakan oleh sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa.

RPO turut menegaskan bahawa perbuatan menyamar serta menyalahgunakan identiti mana-mana individu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Orang ramai juga digesa mendapatkan maklumat sahih hanya daripada saluran rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan siber,” kongsi kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN