ALOR SETAR: Pendakwah bebas, Mohammad Yaakub Yusra Yusuf mendakwa beliau tidak melakukan apa-apa bentuk penyelewengan terhadap kutipan dana melibatkan Murtadha Dakwah Centre (Madad). Beliau yang tampil memberikan penjelasan berhubung penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berkata, perkara yang terjadi mungkin disebabkan isu teknikal dalam pengurusan kewangan. Mohammad Yaakub Yusra pada masa sama turut meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan SPRM kerana proses…










