ALOR SETAR: Seorang warga emas wanita maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika dia sedang melintas jalan di Lebuhraya Darul Aman berhampiran Istana Anak Bukit, di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 7.46 pagi, mangsa, Chin Seow Hua, 68, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kemalangan berpunca daripada kecuaian…








