Wanita tikam ibu diarah jalani pemeriksaan mental

Wanita tikam ibu diarah jalani pemeriksaan mental

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang wanita yang menikam ibunya di Kampung Senginyeh Inas, Johol, di sini pada 20 Februari lalu diperintahkan menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan mental di Hospital Permai, Johor Bahru, Johor.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, tertuduh, Faridah A. Harith, 55, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Menurutnya, mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian psikiatri mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.

“Mahkamah turut menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri tersebut. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.08 malam itu, mangsa berusia lingkungan 80-an cedera di leher selepas dipercayai ditikam menggunakan alat pembuka tin oleh anak perempuannya.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN