PETALING JAYA: UMNO menubuhkan Musyawarah Nasional sebagai platform perbincangan strategik yang menghimpunkan tokoh masyarakat, ilmuwan, profesional, pemain industri serta wakil masyarakat sivil bagi membincangkan isu-isu penting yang menentukan hala tuju bangsa dan negara. Inisiatif yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dua bulan lalu itu merupakan usaha memperkukuh kesepakatan nasional secara lebih tersusun dan menyeluruh. Pengerusi Musyawarah Nasional, Tan Sri…










