KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh mengeruhkan keadaan berhubung isu dalaman Perikatan Nasional (PN). Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, perkara berkaitan kedudukan jawatan dan struktur organisasi dalam blok pembangkang tidak seharusnya dibahaskan secara terbuka di media. “Hal dalaman, ikut saluran dalaman, bukan serangan terbuka,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. Terdahulu, Tun Faisal menyatakan Ahli Parlimen Bersatu…










