Wan Saiful saman fitnahTun Faisal RM10 juta

Wan Saiful saman fitnah Tun Faisal RM10 juta

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan memfailkan saman berjumlah RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Faisal Ismail Aziz berhubung kenyataan didakwa bersifat fitnah berkaitan program Jana Wibawa.

Menurut kenyataan, Wan Saiful melalui peguamnya, Tetuan Bahar Rusnan & Associates telah menghantar surat tuntutan bertarikh 3 Disember 2025 yang antara lain menuntut Tun Faisal menarik balik sepenuhnya kenya­taan berke­naan yang dibuat menerusi saluran YouTube dikenali sebagai The Tiger Show Podcast.

Selain itu, Wan Saiful turut menuntut bayaran pampasan melalui ganti rugi berjumlah RM10 juta.

Antara tuntutan lain ialah penerbitan permohonan ma­af secara bertulis dan dalam bentuk video mengikut terma yang akan ditetapkan.

Selain itu, Wan Saiful turut menuntut satu jaminan serta aku janji bertulis bahawa Tun Faisal, sama ada secara peribadi atau melalui ejen, wakil atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak­nya, tidak akan mengulangi kenya­taan yang dipertikaikan itu.

Beliau juga menuntut Tun Faisal menanggung rugi serta memberi indemniti terhadap segala kos dan perbelanjaan yang telah dan akan ditanggung berkaitan perkara berke­naan.

Menurut Wan Saiful, kegagalan memenuhi tuntutan yang dinyatakan dalam surat tuntutan tersebut akan menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

“Saya telah dimaklumkan oleh peguam bahawa Tun Faisal, melalui peguamnya, telah menghantar surat jawapan balas bertarikh 12 Januari 2026,” katanya.

Sementara itu, Tun Fai­sal ketika dihubungi berkata: “Saya serahkan kepada peguam untuk urusan berkaitan.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN