‘Tolong stop budaya 'mencium' tangan’

‘Tolong stop budaya ‘mencium’ tangan’

KHLIR MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Pembangkang memberi teguran kepada kepemimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar menghentikan budaya ‘mencium’ tangan menteri.

Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) membuat teguran tersebut selepas merujuk video majlis pelantikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang berlangsung pada 3 Februari lalu.

“Saya nak tegur MINDEF (Kementerian Pertahanan) mengenai budaya cium tangan menteri, tolong stop, stop! (hentikan).

“Saya tengok viral (tular) sekarang ini, Jeneral cium tangan menteri, apa ni?

“Tak bolehlah macam ni, ibu bapa tak mengapa (nak cium tangan) ini, cium tangan Menteri Pertahanan, ini tak betul. Saya harap MINDEF betulkan benda ini,” katanya ketika bertanya soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Adly yang juga ahli Parlimen Alor Gajah dalam maklum balasnya, hanya menjawab: “Persoalan kedua itu tak perlu jawab, itu mungkin sebagai peringatan kepada kita semua”.

Dalam pada itu, seorang Ahli Parlimen kerajaan, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) ketika mengajukan soalan tambahan turut memberikan pandangan berhubung isu terbabit.

“Cium tangan tak cium tangan tu terpulang kepada individu. Bila disebut dalam Parlimen ini, kasihan juga Jeneral,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×