Tibi: Tiada SOP tambahan di bazar Ramadan

Tibi: Tiada SOP tambahan di bazar Ramadan

LING Tian Soon (dua kiri) menyampaikan kit kebersihan kepada salah seorang pengusaha ketika melawat Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan negeri tidak bercadang melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan termasuk di bazar Ramadan susulan peningkatan wabak tuberculosis (tibi) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, walaupun berlaku pertambahan jangkitan, namun keadaan adalah terkawal dengan pelaksanaan SOP kesihatan sedia ada.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai SOP jelas untuk mengendalikan perkara ini dengan keadaan masih terkawal.

“Kita galakkan mana-mana individu yang berkunjung ke kawasan awam atau bazar Ramadan untuk mengambil langkah pencegahan, termasuklah memakai pelitup muka.

“Setiap daerah memang ada kes tibi, klinik kesihatan juga ada sediakan bilik khas untuk rawatan berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas Program Walkabout Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian, di sini hari ini.

Sementara itu, Tian Soon turut memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah menerima satu aduan berkenaan aspek kebersihan melibatkan pengusaha bazar Ramadan di Ulu Tiram, Johor Bahru.

“Sejak awal Ramadan sehingga kelmarin, sebanyak 808 gerai daripada keseluruhan 11,392 petak Bazar Ramadan telah diperiksa. Sejumlah 98 peratus daripadanya mempunyai tahap kebersihan baik.

“JKNJ turut mengeluarkan 16 notis dengan tawaran kompaun bernilai RM2,350 telah dikeluarkan kepada pengusaha kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN