PETALING JAYA: Tiada individu mempunyai kuasa untuk mengugut atau mengancam tindakan terhadap perhimpunan yang berlangsung secara aman dan mengikut undang-undang. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hak berhimpun secara aman merupakan jaminan Perlembagaan Persekutuan yang terpakai kepada setiap warganegara Malaysia untuk menzahirkan pandangan dan fikiran mereka terhadap apa-apa isu. Katanya, perlindungan terhadap hak berkenaan turut diperincikan melalui undang-undang yang digubal Parlimen bagi memastikan perhimpunan aman dapat dilaksanakan dalam…










