Tiada kertas siasatan dibuka, mengapa perlu serbu?

Tiada kertas siasatan dibuka, mengapa perlu serbu?

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum membuka kertas siasatan terhadap bekas menteri kanan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata,  sebaliknya SPRM hanya meneliti dokumen yang diterima susulan laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam.

“Saya ulang apa yang dinyatakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya iaitu kita sedang meneliti dokumen yang diserahkan.

“Malah, kertas siasatan pun belum dibuka. Jadi mengapa beliau mendakwa akan diserbu?” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ramli yang mendakwa beliau dimaklumkan oleh sumber dalaman SPRM mengenai kemungkinan satu serbuan akan dilakukan terhadapnya.

Kontroversi berkenaan timbul susulan laporan dibuat tiga NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) kepada SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bili­on.

Bagaimanapun, Rafizi menepis dakwaan tersebut dan menyatakan SPRM bebas menjalankan siasatan.

Azam berkata, SPRM menjalankan tugas secara telus dan berlandaskan undang-undang.

“Setiap aduan yang diterima akan dinilai terlebih dahulu bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN