PETALING JAYA: Kerajaan perlu melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas siasatan membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagi membolehkan badan ditubuhkan bebas dari pengaruh kuasa mana-mana pihak. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Teresa Kok berkata, penglibatan Tengku Maimun mampu meningkatkan kredibiliti, keyakinan awam dan legitimasi proses siasatan berhubung dakwaan-dakwaan dikaitkan terhadap Azam. Beliau yang…










