Tahun satu: KPM terbuka adakan libat urus susulan

Tahun satu: KPM terbuka adakan libat urus susulan

FADHLINA Sidek (tiga dari kanan) bersama pemimpin PKR dan pemimpin beberapa parti lain menggaul Yee Sang pada Majlis Rumah Terbuka Madani Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Wisma PKR, George Town, Pulau Pinang. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia mengadakan sesi libat urus susulan dengan semua pihak berhubung dasar kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian terbuka menerima pandangan termasuk ibu bapa sekiranya mereka masih mempunyai kebimbangan terhadap beberapa aspek pelaksanaan dasar tersebut.

“Sekiranya masih terdapat perkara yang belum diselesaikan maka pihak kementerian tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sesi libat urus susulan demi memastikan setiap isu dapat diperincikan dengan lebih jelas kepada masyarakat.

“Jadi, kalau ada isu lagi kita akan buat sesi-sesi itu (sesi libat urus). Oleh itu, tidak ada masalah untuk kita teruskan sesi libat urus untuk beri penjelasan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Madani Tahun Baharu Cina anjuran PKR Pulau Pinang di Wisma PKR di sini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kerajaan amat prihatin terhadap setiap pandangan yang dibangkitkan sepanjang sesi libat urus sebelum ini dan komited memastikan semua pihak memahami matlamat sebenar dasar berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu adalah bersifat pilihan dan bukannya mandatori, bergantung kepada tahap kesediaan kanak-kanak dan keputusan ibu bapa.

“Seperti kita sebut daripada awal, ia adalah pilihan, dan ketika ini mana yang berasa anak mereka sudah bersedia untuk masuk darjah satu (pada usia enam tahun) tidak ada masalah. Yang lain, kekal seperti biasa,” katanya.

Katanya, sesi libat urus akan terus dilaksanakan sebagai platform penting memastikan masyarakat memahami sepenuhnya tujuan dan manfaat dasar pendidikan yang diperkenalkan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN